21 Dec 2011

[Galeri] Karnival Jumpa Orang Muda 2011

Program : Karnival Jumpa Orang Muda 2011
Tarikh : 20 Disember 2011
Tempat : Pusat Kegiatan Rakan Muda Segamat
Anjuran : Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat

Bengkel Ghazal

23 Nov 2011

[Akhbar] Bergerak 3km kutip derma

Program : Larian dan Kayuhan Amal 2011
Tempat : Dataran Segamat
Tarikh : 19 November 2011

11 Nov 2011

10 Nov 2011

[Galeri] Program Ibadah Korban 2011

Program Ibadah Korban 2011
Anjuran :
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang
dengan kerjasama
Majlis Belia Daerah Segamat
Jawatankuasa Masjid Jamek Felda Medoi
Persatuan Belia MBFM Felda Medoi
UMNO Cawangan Felda Medoi

2 Nov 2011

Menggerak Belia

Lirik Lagu : MENGGERAK BELIA

Di sini mula semangat baru
Demi perjuangan yang dituju
Mempertingkatkan ilmu di dada
Cekalkan kekuatan minda
Dan keikhlasan jiwa mulia
Menggerak belia
Biar beza kaum dan agama
Biar rintangan yang menduga
Kami belia Malaysia
Berikrar setia ke akhirnya
Terkini dengan inovasi
Mempertahankan jati diri
Inilah satu gerakan massa
Berganding bahu seluruh negara
Rasakan bahang kehangatannya
Menggerak belia
Biar beza kaum dan agama
Biar rintangan yang menduga
Kami belia Malaysia
Berikrar setia ke akhirnya (2x)
Biar beza kaum dan agama
Biar rintangan yang menduga
Kami belia Malaysia
Berikrar setia
Dalam suka duka
Berikrar setia ke akhirnya

[Lagu ciptaan : KRU/ 2002]



download : Menggerak Belia.mp3

28 Oct 2011

[Galeri] XPDC Telok Gorek II

Program : XPDC Telok Gorek II
Anjuran : Persatuan Belia Mercu Wawasan Kg Melayu Raya & Persatuan Belia Padang Lalang/Logah, dengan Kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat
Tarikh  : 22-23 Oktober 2011
Tempat : Telok Gorek, Mersing, Johor
Peserta : 60 orang

27 Oct 2011

MBD Segamat di Wikipedia

Dalam usaha meningkatkan populariti MBD Segamat di alam maya, saya baru selesai menambah satu artikel bertajuk Majlis Belia Daerah Segamat di Wikipedia. Mohon bantuan rakan-rakan yang biasa dengan interface Wikipedia untuk menambah baik artikel tersebut.

Artikel Majlis Belia Daerah Segamat boleh dilihat di sini.

Terima Kasih

25 Oct 2011

Rakaman Program Diari NGO di Johor FM

Berikut adalah rakaman program Diari NGO yang bersiaran secara langsung di Johor FM pada 21 Oktober 2011 , jam 3.30 petang yang menampilkan temuramah bersama Setiausaha Kerja Majlis Belia Daerah Segamat; Sdra Sollehan Hafiz bin Mustapa.

21 Oct 2011

MBD Segamat di JohorFM jam 3.30 petang ini.

Setiausaha Kerja MBD Segamat akan keudara di Johor FM jam 3.30 petang ini (Jumaat, 21 Oktober 2011), untuk slot Diari NGO.

Pengisiannya adalah berkaitan pengenalan kepada MBDS, objektif penubuhan MBDS, fungsi dan tugas MBDS,  serta beberapa perkara lain. Dijemput para belia yang berminat mengetahui perkembangan terkini MBDS untuk sama-sama mendengar.

20 Oct 2011

Program Taklimat Skuad Muda RELA dan CAT

Makluman program;

TAKLIMAT SKUAD MUDA RELA DAN CAT (CRIME AWARENESS TEAM)
Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat :Dewan Orang Ramai Labis
Pakaian : Smart Kasual dan Berkasut
*makanan dan sijil penyertaan disediakan

Para belia di kawasan sekitar dijemput hadir beramai-ramai

17 Oct 2011

Akhbar : Wacana Minda Belia 2011

Akhbar : Sinar Harian
Tarikh : 17 Oktober 2011
Program : Wacana Minda Belia 2011


p/s : apesal la Segamat hari ni dapat setengah page je kt Sinar Harian...huhu

5 Oct 2011

Program Wacana Minda Belia 2011 : Keharmonian Hidup Beragama

Tema : Keharmonian Hidup Beragama
Tarikh : 14 - 16 Oktober 2011
Tempat : Universiti Teknologi Mara Johor , Kampus Segamat.
Sasaran : Belia dari pelbagai bangsa dan agama berumur 18 - 40 tahun.

29 Sept 2011

Galeri : Rumah Terbuka Aidilfitri MBDS

Rumah Terbuka Aidilfitri MBDS 2011
28 September 2011 di Dewan Serbaguna Paya Pulai.

Program diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Generasi Baru Paya Pulai dan Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Sekijang.

28 Sept 2011

Rumah Aidilfitri MBDS

Dijemput hadir beramai-ramai ke rumah terbuka Aidiltri MBD Segamat jam 8.30 malam ini di Dewan Serbaguna Kg Paya Pulai. Program diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Generasi Baru Paya Pulai dan Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Sekijang.

MBDS juga terlibat dengan rumah terbuka peingkat daerah di Dataran Segamat. Gerai no 13B.

Dijemput hadir memeriahkan suasana di sana nanti.

posted from Bloggeroid

24 Sept 2011

Bekas Pengerusi MBDS Meninggal Dunia

Bekas pengerusi MBD Segamat, Cikgu Istro bin Sang Tarib telah meninggal dunia jam 1.15 ptg td di Taman Sri Medoi. Makluman tambahan akan dikemas kini dari semasa ke semasa
Published with Blogger-droid v1.7.4

19 Sept 2011

Galeri : Rumah Terbuka Belia 2011

Rumah Terbuka Belia 2011, anjuran Majlis Belia Negeri Johor, dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Ledang.
Tarikh : 18 September 2011
Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Serom

15 Sept 2011

KURSUS ASAS PERNIAGAAN NEGERI JOHOR BIL 2/2011

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat bakal menganjurkan KURSUS ASAS PERNIAGAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR sepertimana ketentuan berikut;

Tarikh : 4-6 Oktober 2011
Tempat : Hotel Villa Segamat
Masa Penyertaan : 2.30 - 5.00 petang

Seramai 8 orang peserta akan dipilih dari Daerah Segamat, dan kriteria pemilihan peserta adalah seperti berikut;


  1. Usahawan belia berumur 18 hingga 40 tahun.
  2. Belia/beliawanis yang berminat menceburi bidang keusahawanan, ataupun yang baru memulakan perniagaan.
Mana-mana belia yang berminat menyertai kursus ini boleh terus hadir ke Pejabat Belia dan Daerah Segamat untuk makluman lanjut, atau boleh hubungi Pn. Zura melalui Facebook beliau di sini.

13 Sept 2011

Majlis Memperingati Pejuang Negara

Majlis Memperingti Pejuang Negara, anjuran Persatuan Bekas Polis dan Persatuan Bekas Tentera, di Bukit Kepong
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 Sept 2011

Facebook Fanpage Majlis Belia Daerah Segamat

Rakan-rakan belia dijemput untuk menjadi peminat di fanpage rasmi Majlis Belia Daerah Segamat ; http://www.facebook.com/pages/Majlis-Belia-Daerah-Segamat/173208392755198 .

Fanpage ini dibuka kerana limitasi page biasa facebook, disamping beberapa kelebihan lain sebuah fanpage. Antaranya;

1. Proses update lebih mudah kerana boleh dilakukan melalui akaun biasa tanpa perlu log-in dan log-out dari akaun lain.

2. Kebolehan menambah beberapa orang admin bagi memastikan lebih banyak info disalurkan. Antara admin fanpage Majlis Belia Daerah Segamat adalah Pengerusi MBDS ; Saudara Anuar Abd Manap, Naib Pengerusi 1 & 2 ; Saudara Roslan Jalil & Saudara Johari Marsan, dan beberapa orang lagi ahli jawatankuasa tertinggi Majlis Belia Daerah Segamat.

3. Rakan-rakan boleh like page tersebut tanpa perlu confirmation, berbanding akaun biasa yang memerlukan admin approve friend request.

4. Tiada had peminat, berbanding had 5000 orang rakan di akaun biasa.

Akaun biasa Majlis Belia Daerah Segamat akan tetap dikemaskini dari semasa ke semasa tetapi rakan-rakan akan mendapat respon lebih cepat dari fanpage. Rakan-rakan boleh ke fanpage tersebut melalui pautan ini;


atau klik terus petak facebook di kanan blog ini.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan facebook Majlis Belia Daerah Segamat yang tak putus-putus menyokong kami dan diharap kerjasama dapat terus diberikan melalui fanpage ini. Terima Kasih.

7 Sept 2011

Akhbar : Majlis Tahlil memperingati pejuang kemerdekaan

Laporan Akhbar Sinar Harian hari ini (7 September 2011) mengenai majlis tahlil anjuran Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) di Bukit Kepong;

(klik gambar untuk saiz besar)

28 Aug 2011

Selamat Hari Raya

Saya mewakili warga kerja dan seluruh ahli jawatankuasa Majlis Belia Daerah Segamat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rakan Muda Ramadhan Masjid Sulir

Program ; Rakan Muda Ramadhan
Tempat ; Masjid Sulir
Tarikh ; 28 Ogos 2011
Published with Blogger-droid v1.7.4

23 Aug 2011

Jadual Pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan 2011

Sepertimana biasa seperti tahun-tahun lepas, Pejabat Belia Daerah Segamat, dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat dan Persatuan-persatuan belia setempat akan mengadakan Program Rakan Muda Ramadhan di masjid-masjid dan surau-surau terpilih dalam daerah Segamat. Tahun ini juga, beberapa masjid dan surau dipilih untuk menjadi tuan rumah. Tarikh dan tempat pelaksanaan adalah sepertimana berikut;

Masjid Felda Kemelah - 24 Ogos
Masjid Labis - 26 Ogos
Masjid Batu Anam - 26 Ogos
Masjid Kampung Sulir - 28Ogos
Masjid Gemereh - akan ditentukan kemudian

Kami di pihak MBDS menjemput muslimin dan muslimat, terutamanya belia dan beliawanis setempat untuk hadir di tempat-tempat tersebut dan bersama-sama memeriahkan majlis yang bakal diadakan. Majlis akan bermula seawal jam 4 petang hingga 8 malam.

22 Aug 2011

Akhbar : Bengkel Coklat [Sinar Harian 22 Ogos 2010]

Laporan akhbar Sinar Harian hari ini [22 Ogos 2011] mengenai Bengkel Coklat yang diadakan minggu lepas.

*klik gambar untuk saiz penuh

Gambar-gambar lain berkaitan bengkel tersebut boleh dilihat di artikel ini

19 Aug 2011

Program Ramadhan bersama penduduk Segamat Kecil

Program bersama penduduk Segamat Kecil. Anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Jalur Selatan Radio Amatur, JKKK Segamat Kecil dan Majlis Belia Daerah Segamat.
Tarikh : 18 Ogos 2011
Masa : 4.30 ptg - 8.00 mlm
Tempat : Surau Kg Segamat Kecil

Sambutan penduduk setempat amat menggalakkan. Tak rugi rasanya kami menempuh perjalanan yang jauh untuk bersama mereka.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 Aug 2011

Akhbar : Forum AADK , Pandangan Islam terhadap dadah [Sinar Harian 15 Ogos]



Laporan Sinar Harian 15 Ogos 2011 berkenaan program Forum AADK ; Pandangan Islam terhadap Dadah yang diadakan pada 13 Ogos lalu di Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Segamat.

*klik gambar untuk saiz penuh

13 Aug 2011

Kursus Penyembelihan

Kursus Penyembelihan sempena Program Rakan Masyarakat Bubur Lambuk di Pusat Kegiatan Rakan Muda.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bengkel Coklat

Published with Blogger-droid v1.7.4

Program Rakan Ramadhan Bubur Lambuk

Hari ini, program Rakan Masyarakat Bubur Lambuk Peringkat Daerah Segamat 2011 diadakan di Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Segamat. Program dianjurkan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Pusat Kegiatan Rakan Muda, Agensi Antidadah Kebangsaan, dan Majlis Belia Daerah Segamat.

Selain memasak bubuk lambuk, program lain yang bakal berlangsung hari ini adalah Kursus Penyembelihan, Forum AADK, & Bengkel Coklat.
Pembahagian bubur lambuk akan diadakan pada jam 5 petang ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 Aug 2011

Ziarah Ramadan Sesi 1

Petang ni MBD berkesempatan melawat dan memberi bantuan kepada OKU dan pesakit kronik ni kawasan Sepinang, Padang Lalang, Paya Pulai dan Pogoh.

Sumbangan dalam bentuk barang makanan (beras, gula dsb) diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima dalam menjalankan ibadah puasa.

InsyaAllah selepas ini kami akan berkunjung ke kawasan lain.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 Aug 2011

Selamat Berpuasa!

Pihak Majlis Belia Daerah Segamat mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah puasa kita diterima dan diberkati. InsyaAllah.

4 Jul 2011

Galeri : 1Malaysian Mountain Bike Peringkat Daerah Segamat 2011

Nama Program : 1Malaysian Mountain Bike Peringkat Daerah Segamat 2011
Tarikh : 3 Julai 2011
Masa : 7.30 pagi - 4.00 petang
Peserta : 62 orang
Tempat : Sekitar Segamat Baru, Bandar Putra, Felda Medoi dan Kg Logah












Seminar Usahawan Muda Peringkat Negeri Johor 2011

Program : Seminar Usahawan Muda Peringkat Negeri Johor 2011
Tarikh :    9 Julai 2011
Tempat :  Hotel Seri Malaysia, Mersing

Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia dan beliawanis mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi dan diterokai melalui usahawan-usahawan yang telah berjaya. Seminar ini terbuka kepada belia-beliawanis berumur 18 - 40 tahun, yang berminat menceburi bidang keusahawanan dan baru memulakan perniagaan.

26 Jun 2011

Galeri : Perjumpaan Bersama Persatuan Belia Dalam Daerah Segamat

Tarikh : 21, 22 dan 23 Jun 2011
Masa:8.45 mlm
Tempat : Balairaya Sepinang, Balai Air Bah Paya Pulai, Balairaya Bukit Mambai
Kehadiran :

14 Jun 2011

Perjumpaan Persatuan Belia Daerah Segamat 2011

Perjumpaan diantara Persatuan Belia dalam Daerah Segamat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, dan Majlis Belia Daerah Segamat akan diadakan mengikut Parlimen, pada 21, 22 dan 23 Jun ini, jam 8.45 mlm. Jadual penuh adalah sepertimana berikut ;

4 Jun 2011

Galeri : Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya

Tarikh : 28 Mei 2011
Masa : 2 ptg - 3 pg
Tempat : Putrajaya
Peserta : MBFM Kemelah, BMW Melayu Raya dan Belia Padang Lalang (40 orang)


18 May 2011

Hari Belia Peringkat Negeri Johor [14 Mei 2011]

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada badan gabungan MBD Segamat telah menyertai sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, pada 14 Mei 2011 (Sabtu) lepas.

7 May 2011

Hari Belia Peringkat Negeri Johor dan Himpunan Sejuta Belia 2011

Makluman untuk semua badan gabungan Majlis Belia Daerah Segamat, pihak MBDS akan menyediakan bas ke Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor di Kluang dan ke Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya.

Setiap badan gabungan boleh menghantar maksimum 5 orang wakil untuk menyertai salah satu program tersebut. Hanya penyertaan awal akan diterima. Makumat ringkas program;

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor
Tarikh : 14 Mei 2011 [Sabtu]
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang
Masa bertolak : 10 Pagi

Himpunan Sejuta Belia 2011
Tarikh : 28 Mei 2011 [Sabtu]
Tempat : Presint 4, Putrajaya
Masa bertolak : 2 ptg

untuk penyertaan ataupun pertanyaan, sila berhubung dengan Setiausaha Kerja MBDS , Sollehan Hafiz bin Mustapa di talian 07-9311306 (pejabat) ataupun 017-7762247

3 May 2011

Latihan Kemahiran Teknologi Automotif untuk Belia

TAWARAN MENJALANI LATIHAN VOKASIONAL/KEMAHIRAN
BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF

TARIKH PENDAFTARAN/LAPOR DIRI:
Mereka yang berminat boleh mula mendaftar dan melaporkan diri bermula 03/05/2011 hingga 15/05/2011.

MASA PENDAFTARAN/LAPOR DIRI:
9.00 pagi hingga 5.00 petang

NAMA PUSAT BERTAULIAH:
Auto Terminal Training (TEKAT-Centre of Excellence for Automotive)
Facebook: http://www.facebook.com/group.php?gid=145430905476302&ref=ts

LOKASI:
Auto Terminal Training (TEKAT-Centre of Excellence for Automotive), No. 2 Jalan Hentian 5, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

PINJAMAN:
Pinjaman menerusi PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Pinjaman ADALAH TERHAD. Mereka yang berminat diminta segera mendaftarkan diri.

KEMUDAHAN PENGINAPAN:
Kemudahan penginapan disediakan dengan kadar caj yang minima sebanyak RM 100.00 sebulan. Sebagai permulaan, deposit RM100.00 sebulan akan dikenakan kepada yang memohon penginapan.

BAYARAN PENDAFTARAN:
RM 875.00 untuk sekali bayar bagi tempoh sepanjang latihan.

PERSIJILAN:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

TEMPOH
2 tahun

PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN:
Sila hubungi nombor telefon dibawah dengan segera:
0137733676 – Encik Rizan Hassan
0172109055 – Cik Zaimah
0387338080 – Pejabat 

Program Pembangunan Kompetensi

Program : Program Pembangunan Kompetensi Kepimpinan Tahap Pertengahan - Leading Leadership
Tempat : Gunung Lambak Eco Resort, Kluang
Tarikh : 6-8 Mei 2011
Sasaran : 2 orang AJK MBDS dan 2 orang dari badan gabungan MBDS

27 Apr 2011

Pejabat Baru

Bermula awal April lalu, Pejabat Majlis Belia Daerah Segamat telah berpindah ke Taman Muhibbah, Bandar Utama [berhampiran Green Point, berhadapan jalan utama]. Maklumat pejabat baru Majlis Belia Daerah Segamat adalah seperti berikut;

Alamat :
No 3, Tingkat 2, Jalan Muhibbah,
Taman Muhibbah, Bandar Utama,
85000 Segamat,
Johor Darul Takzim.

No. Tel. / Faks : 07-9311306