8 Sept 2011

Facebook Fanpage Majlis Belia Daerah Segamat

Rakan-rakan belia dijemput untuk menjadi peminat di fanpage rasmi Majlis Belia Daerah Segamat ; http://www.facebook.com/pages/Majlis-Belia-Daerah-Segamat/173208392755198 .

Fanpage ini dibuka kerana limitasi page biasa facebook, disamping beberapa kelebihan lain sebuah fanpage. Antaranya;

1. Proses update lebih mudah kerana boleh dilakukan melalui akaun biasa tanpa perlu log-in dan log-out dari akaun lain.

2. Kebolehan menambah beberapa orang admin bagi memastikan lebih banyak info disalurkan. Antara admin fanpage Majlis Belia Daerah Segamat adalah Pengerusi MBDS ; Saudara Anuar Abd Manap, Naib Pengerusi 1 & 2 ; Saudara Roslan Jalil & Saudara Johari Marsan, dan beberapa orang lagi ahli jawatankuasa tertinggi Majlis Belia Daerah Segamat.

3. Rakan-rakan boleh like page tersebut tanpa perlu confirmation, berbanding akaun biasa yang memerlukan admin approve friend request.

4. Tiada had peminat, berbanding had 5000 orang rakan di akaun biasa.

Akaun biasa Majlis Belia Daerah Segamat akan tetap dikemaskini dari semasa ke semasa tetapi rakan-rakan akan mendapat respon lebih cepat dari fanpage. Rakan-rakan boleh ke fanpage tersebut melalui pautan ini;


atau klik terus petak facebook di kanan blog ini.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan facebook Majlis Belia Daerah Segamat yang tak putus-putus menyokong kami dan diharap kerjasama dapat terus diberikan melalui fanpage ini. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment