28 Aug 2011

Selamat Hari Raya

Saya mewakili warga kerja dan seluruh ahli jawatankuasa Majlis Belia Daerah Segamat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rakan Muda Ramadhan Masjid Sulir

Program ; Rakan Muda Ramadhan
Tempat ; Masjid Sulir
Tarikh ; 28 Ogos 2011
Published with Blogger-droid v1.7.4

23 Aug 2011

Jadual Pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan 2011

Sepertimana biasa seperti tahun-tahun lepas, Pejabat Belia Daerah Segamat, dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat dan Persatuan-persatuan belia setempat akan mengadakan Program Rakan Muda Ramadhan di masjid-masjid dan surau-surau terpilih dalam daerah Segamat. Tahun ini juga, beberapa masjid dan surau dipilih untuk menjadi tuan rumah. Tarikh dan tempat pelaksanaan adalah sepertimana berikut;

Masjid Felda Kemelah - 24 Ogos
Masjid Labis - 26 Ogos
Masjid Batu Anam - 26 Ogos
Masjid Kampung Sulir - 28Ogos
Masjid Gemereh - akan ditentukan kemudian

Kami di pihak MBDS menjemput muslimin dan muslimat, terutamanya belia dan beliawanis setempat untuk hadir di tempat-tempat tersebut dan bersama-sama memeriahkan majlis yang bakal diadakan. Majlis akan bermula seawal jam 4 petang hingga 8 malam.

22 Aug 2011

Akhbar : Bengkel Coklat [Sinar Harian 22 Ogos 2010]

Laporan akhbar Sinar Harian hari ini [22 Ogos 2011] mengenai Bengkel Coklat yang diadakan minggu lepas.

*klik gambar untuk saiz penuh

Gambar-gambar lain berkaitan bengkel tersebut boleh dilihat di artikel ini

19 Aug 2011

Program Ramadhan bersama penduduk Segamat Kecil

Program bersama penduduk Segamat Kecil. Anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Jalur Selatan Radio Amatur, JKKK Segamat Kecil dan Majlis Belia Daerah Segamat.
Tarikh : 18 Ogos 2011
Masa : 4.30 ptg - 8.00 mlm
Tempat : Surau Kg Segamat Kecil

Sambutan penduduk setempat amat menggalakkan. Tak rugi rasanya kami menempuh perjalanan yang jauh untuk bersama mereka.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 Aug 2011

Akhbar : Forum AADK , Pandangan Islam terhadap dadah [Sinar Harian 15 Ogos]



Laporan Sinar Harian 15 Ogos 2011 berkenaan program Forum AADK ; Pandangan Islam terhadap Dadah yang diadakan pada 13 Ogos lalu di Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Segamat.

*klik gambar untuk saiz penuh

13 Aug 2011

Kursus Penyembelihan

Kursus Penyembelihan sempena Program Rakan Masyarakat Bubur Lambuk di Pusat Kegiatan Rakan Muda.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bengkel Coklat

Published with Blogger-droid v1.7.4

Program Rakan Ramadhan Bubur Lambuk

Hari ini, program Rakan Masyarakat Bubur Lambuk Peringkat Daerah Segamat 2011 diadakan di Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Segamat. Program dianjurkan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Pusat Kegiatan Rakan Muda, Agensi Antidadah Kebangsaan, dan Majlis Belia Daerah Segamat.

Selain memasak bubuk lambuk, program lain yang bakal berlangsung hari ini adalah Kursus Penyembelihan, Forum AADK, & Bengkel Coklat.
Pembahagian bubur lambuk akan diadakan pada jam 5 petang ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 Aug 2011

Ziarah Ramadan Sesi 1

Petang ni MBD berkesempatan melawat dan memberi bantuan kepada OKU dan pesakit kronik ni kawasan Sepinang, Padang Lalang, Paya Pulai dan Pogoh.

Sumbangan dalam bentuk barang makanan (beras, gula dsb) diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima dalam menjalankan ibadah puasa.

InsyaAllah selepas ini kami akan berkunjung ke kawasan lain.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 Aug 2011

Selamat Berpuasa!

Pihak Majlis Belia Daerah Segamat mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah puasa kita diterima dan diberkati. InsyaAllah.