29 Sept 2011

Galeri : Rumah Terbuka Aidilfitri MBDS

Rumah Terbuka Aidilfitri MBDS 2011
28 September 2011 di Dewan Serbaguna Paya Pulai.

Program diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Generasi Baru Paya Pulai dan Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Sekijang.

28 Sept 2011

Rumah Aidilfitri MBDS

Dijemput hadir beramai-ramai ke rumah terbuka Aidiltri MBD Segamat jam 8.30 malam ini di Dewan Serbaguna Kg Paya Pulai. Program diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Generasi Baru Paya Pulai dan Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Sekijang.

MBDS juga terlibat dengan rumah terbuka peingkat daerah di Dataran Segamat. Gerai no 13B.

Dijemput hadir memeriahkan suasana di sana nanti.

posted from Bloggeroid

24 Sept 2011

Bekas Pengerusi MBDS Meninggal Dunia

Bekas pengerusi MBD Segamat, Cikgu Istro bin Sang Tarib telah meninggal dunia jam 1.15 ptg td di Taman Sri Medoi. Makluman tambahan akan dikemas kini dari semasa ke semasa
Published with Blogger-droid v1.7.4

19 Sept 2011

Galeri : Rumah Terbuka Belia 2011

Rumah Terbuka Belia 2011, anjuran Majlis Belia Negeri Johor, dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Ledang.
Tarikh : 18 September 2011
Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Serom

15 Sept 2011

KURSUS ASAS PERNIAGAAN NEGERI JOHOR BIL 2/2011

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat bakal menganjurkan KURSUS ASAS PERNIAGAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR sepertimana ketentuan berikut;

Tarikh : 4-6 Oktober 2011
Tempat : Hotel Villa Segamat
Masa Penyertaan : 2.30 - 5.00 petang

Seramai 8 orang peserta akan dipilih dari Daerah Segamat, dan kriteria pemilihan peserta adalah seperti berikut;


  1. Usahawan belia berumur 18 hingga 40 tahun.
  2. Belia/beliawanis yang berminat menceburi bidang keusahawanan, ataupun yang baru memulakan perniagaan.
Mana-mana belia yang berminat menyertai kursus ini boleh terus hadir ke Pejabat Belia dan Daerah Segamat untuk makluman lanjut, atau boleh hubungi Pn. Zura melalui Facebook beliau di sini.

13 Sept 2011

Majlis Memperingati Pejuang Negara

Majlis Memperingti Pejuang Negara, anjuran Persatuan Bekas Polis dan Persatuan Bekas Tentera, di Bukit Kepong
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 Sept 2011

Facebook Fanpage Majlis Belia Daerah Segamat

Rakan-rakan belia dijemput untuk menjadi peminat di fanpage rasmi Majlis Belia Daerah Segamat ; http://www.facebook.com/pages/Majlis-Belia-Daerah-Segamat/173208392755198 .

Fanpage ini dibuka kerana limitasi page biasa facebook, disamping beberapa kelebihan lain sebuah fanpage. Antaranya;

1. Proses update lebih mudah kerana boleh dilakukan melalui akaun biasa tanpa perlu log-in dan log-out dari akaun lain.

2. Kebolehan menambah beberapa orang admin bagi memastikan lebih banyak info disalurkan. Antara admin fanpage Majlis Belia Daerah Segamat adalah Pengerusi MBDS ; Saudara Anuar Abd Manap, Naib Pengerusi 1 & 2 ; Saudara Roslan Jalil & Saudara Johari Marsan, dan beberapa orang lagi ahli jawatankuasa tertinggi Majlis Belia Daerah Segamat.

3. Rakan-rakan boleh like page tersebut tanpa perlu confirmation, berbanding akaun biasa yang memerlukan admin approve friend request.

4. Tiada had peminat, berbanding had 5000 orang rakan di akaun biasa.

Akaun biasa Majlis Belia Daerah Segamat akan tetap dikemaskini dari semasa ke semasa tetapi rakan-rakan akan mendapat respon lebih cepat dari fanpage. Rakan-rakan boleh ke fanpage tersebut melalui pautan ini;


atau klik terus petak facebook di kanan blog ini.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan facebook Majlis Belia Daerah Segamat yang tak putus-putus menyokong kami dan diharap kerjasama dapat terus diberikan melalui fanpage ini. Terima Kasih.

7 Sept 2011

Akhbar : Majlis Tahlil memperingati pejuang kemerdekaan

Laporan Akhbar Sinar Harian hari ini (7 September 2011) mengenai majlis tahlil anjuran Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) di Bukit Kepong;

(klik gambar untuk saiz besar)