2 Jun 2011

Generasi Muda Perlu Tahu Pengurusan Jenazah

Sinar Harian , 2 Jun 2011 ; Generasi Muda Perlu Tahu Pengurusan Jenazah




FELDA KEMELAH - Tanggungjawab melaksanakan pengurusan jenazah bukan terletak kepada seseorang individu tertentu sahaja, sebaliknya perlu dipelajari dari peringkat generasi muda masa kini bagi menjadi pelapis pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamed herkata, pendedahan penting kepada semua masyarakat berhubung pentingnya ilmu pengetahuan dalam pengurusan jenazah terutama kepada generasi muda sekarang.
Menurutnya, kursus jenazah yang dianjurkan bersama Biro Pendidikan dan Dakwah serta Sahabat Masjid Felda Kemelah mi bertujuan untuk mengimarahkan lagi masjid di samping meneruskan Se- gala usaha program kemasyarakatan yang lain.

"Menguruskan jenazah adalah perkara yang tidak boleh dielakkan begitu sahaja tanpa diuruskan dengan cara yang betul mengikut hukum yang telah ditetapkan dan ia fardu kifayah ke atas umat Islam.

"Dengan adanya Sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu dan walaupun begitu, kesedaran dalam kalangan generasi muda terhadap tanggungjawab mi dilihat tidak menebal dan mereka seperti kurang berminat' katanya.

Beliau berkata, pendedahan seperti mi menjadi platform kepada mereka untuk mempelajari cara pengurusan jenazah mengikut hukum dan tidak berharap kepada orang lama untuk menguruskannya.

Sementara itu, Pengerusi program,- Norizam Suradi berkata, penglibatan generasi muda memang dinantikan agar- ilmu pengetahuan mi dapat diwarisi .mereka sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan.

"Tujuan utama kita agar setiap Muslim dapat memahami dan menguruskan jenazah secara amali serta tidak hanya berpandukan kepada buku selain melihat sendiri bila ada kematian yang diuruskan oleh orang yang sama sahaja.

"Pada masa sama, kerjasama semua pthak dapat mengeratkan lagi silaturahim dan menimba ilmu secara terbuka dengan harapan mendapat manfaat daripada program seharian ini' katanya.

No comments:

Post a Comment